Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Baim Wong cedera, tangan kena jahit

    Malang tak berbau, itu yang terjadi kepada pelakon Baim Wong apabila anak lelakinya iaitu Kiano Tiger Wong mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanannya sehingga perlu menerima beberapa jahitan.

    Baim, 42, bagaimanapun mengakui punca kejadian itu adalah disebabkan kelalaiannya menjaga Kiano yang ketika itu di bawah pengawasannya.

    “Minta semua doakan kesihatan Kiano. Salah saya sendiri sebab tak mampu menjaga dia dengan baik sedangkan ketika kejadian saya berada di pejabat sebab ada mesyuarat,” katanya menerusi Instagram.

    Dalam pada itu, Baim memuji Kiano yang baru berusia empat tahun kerana mampu menahan kesakitan meskipun tangannya menerima beberapa jahitan akibat luka dialaminya.

    “Boleh tahan besar lukanya sampai perlu menerima beberapa jahitan tapi anak saya kuat sebab mampu tahan sakit,” ujarnya.

    Baim memberitahu kejadian menimpa anaknya itu membuatkan dia gelabah namun bersyukur suami kepada model Tya Aristya iaitu Irfan berada di tempat kejadian bagi membantunya.

    “Terima kasih Irfan sudah teman anak saya (Kiano) sepanjang rawatan itu,” ujarnya. – Agensi

    Anak Baim Wong iaitu Kiano Tiger Wong terima jahitan pada tangan kanannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda