Tuesday, July 22, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Putera Beradu’ mangkat selepas 20 tahun koma

    DOHA, 20 JULAI – Seorang putera daripada keluarga diraja Arab Saudi, Al-Waleed bin Khalid Al-Saud mangkat kelmarin selepas hampir 20 tahun berada dalam keadaan koma akibat kemalangan jalan raya, menurut Pejabat Diraja, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Anggota keluarga diraja itu dikenali sebagai ‘Putera Beradu’ di Arab Saudi. Terdapat khabar angin dari semasa ke semasa bahawa keadaannya semakin pulih, namun tidak pernah disahkan.

    “Solat jenazah untuk putera itu akan diadakan hari ini di Masjid Besar Imam Turkiye bin Abdullah di Riyadh,” menurut Pejabat Diraja dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita SPA.

    Maklumat mengenai kemangkatan putera raja berusia 35 tahun itu disahkan menerusi platform X oleh bapanya, Khalid bin Talal yang selama 20 tahun enggan menghentikan sokongan hayat dan percaya anakandanya akan sedar daripada koma.

    Khalid sering berkongsi pelbagai foto lawatannya ke hospital untuk melawat anakandanya di media sosial, termasuk pada musim perayaan tertentu. – Bernama

    Gambar Twitter
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda