SINGAPURA, 31 Okt – Putera Charles dan isteri beliau, Camilla, tiba di Singapura hari ini, persinggahan pertama dalam lawatan 11 hari untuk mengukuhkan hubungan antara Britain dan negara-negara Asia.
Mereka menerima sambutan beristiadat untuk memulakan lawatan ke negara pulau Asia Tenggara itu yang mana sejenis bunga orkid akan diberi nama sempena nama mereka dan akan menghadiri majlis bankuet rasmi yang dihoskan oleh presiden Singapura, Halimah Yacob.
Putera Charles, pewaris takhta Britain, kali terakhir melawat Singapura pada tahun 1979. Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan akan meletakkan kalungan bunga di Cenotaph, yang memberi penghormatan kepada para tentera yang terkorban ketika Perang Dunia I dan II.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn