SINGAPURA, 31 Okt – Putera Charles dan isteri, Camilla, tiba di Singapura hari ini, persinggahan pertama dalam lawatan 11 hari untuk mengukuhkan hubungan antara Britain dan negara-negara Asia.
Mereka menerima sambutan beristiadat untuk memulakan lawatan ke negara pulau Asia Tenggara itu yang mana sejenis bunga orkid akan diberi nama sempena nama mereka dan akan menghadiri majlis bankuet rasmi yang dihoskan oleh Presiden Singapura, Halimah Yacob.
Putera Charles, pewaris takhta Britain, kali terakhir melawat Singapura pada tahun 1979. Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan akan meletakkan kalungan bunga di Cenotaph, yang memberi penghormatan kepada para tentera yang terkorban ketika Perang Dunia I dan II.
Singapura yang pernah dijajah British merupakan sebuah pelabuhan perdagangan berharga. Beribu-ribu tentera dari negara-negara seperti Britain, Australia dan New Zealand telah terkorban apabila pasukan tentera Jepun dengan pantas bergerak memasuki Semenanjung Melayu pada awal 1942.
Pada tarikh 15 Februari 1942, selepas seminggu pertempuran sengit terakhir Leftenan Jeneral British, Arthur Ernest Percival menyerahkan Singapura dan perseteruan berakhir.
British, kembali selepas peperangan. Masih, para penduduk menggesa bagi pemerintahan sendiri dan Singapura menjadi negara merdeka pada tahun 1965.
“Lawatan ini mengesahkan semula hubungan bersejarah dan yang telah lama terjalin antara Singapura dan United Kingdom,” Kementerian Luar Negara Singapura berkata dalam satu kenyataan.
Pasangan diraja ini akan berlepas ke Malaysia pada Khamis ini dan akan mengakhiri lawatan mereka ke Asia dengan lawatan ke Brunei Darussalam dan India.
Media Britain melaporkan bahawa Myanmar dipertimbangkan bagi lawatan ini, namun dikecualikan daripada jadual lawatan. – AP