Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Harry bertemu Raja Charles buat kali pertama sejak 2024

    LONDON, 11 SEPT – Putera Harry tiba di kediaman Clarence House, milik ayahandanya, Raja Charles III di London kelmarin untuk pertemuan yang dipercayai kali pertama sejak Februari 2024, lapor media British.
     
    Duke of Sussex yang berada di UK sejak Isnin untuk beberapa acara rasmi, dilihat memasuki kediaman diraja menaiki kereta hitam, lebih sejam selepas ketibaan raja.
     
    Charles kembali dari Scotland kelmarin dan tiba di London, mencetuskan spekulasi dalam akhbar British, sebuah pertemuan yang dinanti-nantikan antara bapa dan anak lelaki itu bakal berlaku.
     
    Harry memutuskan hubungan dengan kerabat diraja pada 2020 dan berpindah ke California. Beliau tidak bertemu ayahandanya sejak kali terakhir ke UK untuk menziarahi raja ketika didiagnosis kanser tahun lalu.
     
    Pada Mei lalu, Harry berkata mereka tidak berbual antara satu sama lain akibat pelbagai kes mahkamah yang sedang ditangani di UK serta dakwaan terhadap kerabat diraja yang beliau kemukakan dalam temu bual televisyen dan memoarnya yang kontroversial.
     
    Namun, anak kedua Charles itu berkata, beliau berharap kepada “pendamaian” kerana beliau “tidak tahu berapa lama lagi hayat ayahandanya ada”. 
     
    Pada Isnin, Harry turut menziarahi makam nendanya,Ratu Elizabeth II, yang meninggal dunia pada 8 September 2022, dan turut mempunyai beberapa acara kebajikan yang dijadualkan. – AFP
     
    Putera Harry semasa tiba di Clarence House, London, sebelum membuat perjumpaan dengan Raja Charles III pada 10 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda