Putera Harry dan Meghan Markle, sambut ulang tahun Archie dalam kuarantin

Putera Harry dan Meghan Markle, akan menyambut ulang tahun pertama Archie pada 6 Mei.

Sementera keluarga itu kini berada dalam kuarantin di Los Angeles, rancangan untuk sambutan hari jadinya harus diubah.

Anak damit Putera Harry dan Meghan Markle, Archie Harrison Mountbatten Windsor akan menghabiskan hari ulang tahun pertamanya pada bulan Mei sebagai Angeleno, sama seperti ibunya ketika dia membesar. Ibu bapanya secara rasmi meletak jawatan sebagai kerabat diraja Britain pada bulan Mac lalu dan terus berpindah dari Vancouver, Kanada ke Los Angeles, Amerika yang merupakan tempat asal Meghan.

Berikutan perintah berkurung akibat koronavirus yang berlaku di California pada 19 Mac, pesta ulang tahun hanya disambut Archie dan ibu bapanya sahaja pada 6 Mei.

“Meghan dan Harry akan menyambut ulang tahun pertama Archie sebagai sebuah keluarga. Sekarang keutamaan mereka adalah menjaga Archie agar selamat dan sihat dan melakukan apa yang mereka dapat untuk membantu semasa krisis di seluruh dunia ini,” menurut media tempatan.

“Sebelum menjadi jelas betapa seriusnya pandemik ini, mereka merancang untuk berada di UK pada bulan Mei dan ideanya adalah untuk melakukan sesuatu dengan sepupu dan datuk nenek dan penjaga Archie bersama-sama di sana. Tetapi keadaan sudah berubah dan semuanya ditangguhkan,” menurut orang dalaman.

Jabatan Kesihatan Daerah Los Angeles telah melanjutkanperintah kuarantin dan ‘duduk di rumah” sehingga sekurang-kurangnya 15 Mei, sembilan hari selepas ulang tahun Archie. – Agensi

Meghan dan Harry akan menyambut ulang tahun pertama Archie sebagai sebuah keluarga. – Agensi