Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Harry, Meghan bersantai di Pantai Bondi

    SYDNEY, 19 Okt – Duke of Sussex, Putera Harry dan Duchess of Sussex, Meghan Markle meneruskan jelajah Australia dengan bersiar-siar di Pantai Bondi, Sydney.

    Meghan Markle yang bakal menjadi ibu mengenakan pakaian musim panas, sementara Putera Harry dengan pakaian yang bersahaja apabila pasangan itu disambut dengan sorakan peminat sambil menikmati ombak di pantai tersebut.

    Walaupun pagi dipenuhi kabut, Putera Harry dan Meghan Markle berpeluang bertemu pemain-pemain papan selancar dan duduk bersantai sambil berbual dengan ketua OneWave yang memfokuskan kepada membantu meningkatkan kesihatan mental orang apabila berada di luar.

    Orang ramai menyambut pasangan diraja itu dengan gembira selepas menerima sambutan yang memberangsangkan daripada peminat sepanjang lawatan tersebut.

    “Anda sudah mendengar apabila orang ramai bertemu Ratu Elizabeth ketika beliau datang ke sini (pada 1954),” kata Christopher Cundle dan mereka masih bercakap mengenainya sehingga kini.

    “Saya dapat lihat ini merupakan salah satu kisah yang saya akan beritahu kepada cucu saya dan generasi seterusnya. Ia sangat menakjubkan.”

    Sementara setengah daripada rakyat Australia membantah raja Britain sebagai ketua negara dan sebahagian besar rakyat masih meneruskan perkara seperti biasa, masih ramai peminat pasangan diraja itu di setiap perhentian.

    Berita mengenai kehamilan Meghan Markle telah menarik perhatian orang ramai.

    Salah seorang peminat pasangan diraja itu ialah Mya, 11 tahun. “Saya rasa ia menakjubkan apabila beliau berkesempatan bertemu Putera Harry dan jatuh cinta dengannya.” – AFP

    Reaksi Duke of Sussex, Putera Harry dan Duchess of Sussex, Meghan Markle semasa bersiar-siar di Pantai Bondi dan mengadakan pertemuan dengan kumpulan OneWave. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda