Tuesday, March 4, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Hisahito ikrar penuhi peranan

    TOKYO, 3 MAC – Putera Hisahito, anak saudara Maharaja Naruhito dan kedua dalam turutan Takhta Bunga Kekwa, menyatakan hasratnya hari ini untuk mendekati tugas awamnya dengan penuh kepekaan dan berhati-hati sambil beliau memenuhi peranannya sebagai kerabat diraja.

    Bercakap pada sidang media pertamanya, yang diadakan di kediaman Akasaka Estate di Tokyo untuk meraikan usia dewasanya, remaja berusia 18 tahun itu berkata peranan simbolik maharaja “ialah satu kehadiran yang sentiasa memikirkan rakyat dan kekal hampir dengan mereka.”

    Putera itu mencapai usia dewasa September lepas, menjadi ahli lelaki pertama keluarga diraja Jepun yang berbuat demikian dalam tempoh kira-kira 39 tahun, sejak bapanya pada Disember 1985.

    Pada masa ini pelajar tahun ketiga di Senior High School at Otsuka Universiti Tsukuba, Tokyo, Hisahito akan belajar biologi di Fakulti Sains Hayat dan Alam Sekitar universiti itu mulai April.

    Upacara usia dewasa, yang secara tradisinya diadakan dalam keluarga diraja, akan berlangsung pada hari lahirnya yang ke-19 pada 6 September.

    Putera muda itu satu-satunya pewaris generasinya dalam keluarga diraja Jepun, kerana Undang-undang Kerabat Diraja menyatakan bahawa hanya lelaki dengan keturunan waris lelaki daripada maharaja boleh menaiki Takhta Bunga Kekwa.

    Pewaris lain ialah bapanya dan bapa saudara maharaja iaitu Putera Hitachi. – Bernama

    Putera Hisahito bercakap pada sidang akhbar pertamanya di Istana Diraja, kelmarin, di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda