Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera mahkota Arab Saudi hadiri sidang G20 di Argentina

    BUENOS AIRES, 29 Nov – Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman tiba di Buenos Aires bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20), dan antara agenda lain untuk membetulkan tanggapan umum berhubung spekulasi pembunuhan wartawan Khashoggi.

    Ketibaan Putera Mahkota itu di lapangan terbang disambut Menteri Luar Argentina, Jorge Faurie. Pegawai Arab Saudi berkata putera itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di luar sidang kemuncak.

    Sekaligus menjadikan ia pertemuan pertama mereka sejak pembunuhan kejam Khashoggi di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

    “Mungkin akan ada pertemuan”, kata jurucakap presiden Turki Ibrahim Kalin.

    Sementara itu, Argentina belum memutuskan sama ada akan menjalankan siasatan terhadap Putera Mohammed berhubung kes berkaitan. – Bernama

    Putera Mahkota Mohammed bin Salman tiba di lapangan terbang di Buenos Aires, Argentia semalam bagi menghadiri sidang kemuncak G20. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda