Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Putera Mahkota dilantik PM Arab Saudi

    RIYADH, 28 SEPT – Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri baharu, Xinhua memetik laporan Saudi Press Agency (SPA).

    Mohammed bin Salman, yang telah menjadi pemerintah de facto selama beberapa tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah Raja Salman serta menteri pertahanan.

    Raja Salman turut mengeluarkan dekri agar rombakan kabinet dilakukan, serta melantik Putera Saudi Khalid bin Salman sebagai menteri pertahanan. Ketua menteri yang dikekalkan termasuk Menteri Tenaga, Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Menteri Dalam Negeri, dan Menteri Kewangan.

    Putera Mohammed, yang menyambut ulang tahun ke-37 pada bulan lalu, telah menjadi pewaris untuk mengganti bapanya sebagai raja sejak 2017.

    Beliau menjadi menteri pertahanan pada 2015, langkah utama dalam penggabungan kuasa yang melihat beliau menjawat portfolio penting. – Bernama/AFP

    Gambar fail menunjukkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tersenyum ketika beliau tiba di Istana Elysee di Paris pada 28 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...