Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Putera Mahkota Jordan bertunang dengan warga Arab Saudi

    RIYADH, 18 OGOS – Istana Diraja Hashemite mengumumkan pertunangan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II dengan warga Saudi Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz al-Saif, pada Rabu di hadapan Raja Abdullah II bin Al-Hussein dan Ratu Rania Al Abdullah, lapor Petra.

    Pertunangan berlangsung di kediaman bapa Rajwa di Riyadh, dan dihadiri oleh Putera Jordan El Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Al Hussein, Putera Hashim bin Al Hussein, Putera Ghazi bin Muhammad dan Putera Rashid bin Al Hassan, serta ahli keluarga al-Saif.

    Istana Diraja Hashemite merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Abdullah II di atas majlis itu dan mendoakan Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan pasangannya Rajwa Khaled berbahagia sepanjang hayat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...