Thursday, February 13, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera Saudi ditahan

    RIYADH, 5 Nov – Pihak Arab Saudi telah menahan 12 orang termasuk beberapa orang putera, menteri dan ahli perniagaan ternama. Penguasa berpendapat ini adalah tangkapan terbesar dalam kes rasuah.

    Ahli bilionair Al-Waleed bin Talal merupakan salah seorang dari sebelas putera yang ditahan pada sabtu, menurut laporan sejurus selepas pelantikan ketua suruhanjaya pencegah rasuah yang diketuai oleh Putera Mohammed bin Salman.

    Laporan dari Al Arabiya memberitahu bahawa beberapa putera, menteri yang masih berkhidmat dan beberapa orang mantan menteri juga ditangkap selepas pihak anti rasuah melancarkan serbuan berdasarkan kes lama yang berkaitan dengan isu banjir yang melanda laut Merah di bandar Jeddah pada 2009.

    Agensi Saudi melaporkan bahawa pihaknya dalam rangka untuk menjaga dana awam, menghukum orang yang terlibat dalam rasuah dan juga menyalahgunakan kuasa.

    Putera Al-Waleed bin Talal merupakan salah seorang putera yang ditahan dalam gerakan anti-rasuah yang diketuai oleh Putera Mohammad bin Salman. – AFP

    “Jika laporan mengenai penahan Putera Al-Waleed bin Talal adalah benar, ia akan memberi kejutan kepada komuniti perniagaan di dalam dan luar negara,” Ulrichsen memberitahu AFP.

    Penangkapan itu berlaku kurang dua minggu selepas Putera Mohammed mengalu-alukan beribu-ribu perniaga global ke Riyadh untuk sidang puncak pelaburan, yang mempamerkan pembaharuan ekonominya untuk era pasca minyak.

    Putera mahkota yang berusia 32 tahun itu, sebelum ini menggambarkan dirinya sebagai reformis liberal dalam kerajaan yang sangat konservatif. Antara yang sudah dijalankannya termasuk membolehkan wanita memandu mulai Jun tahun depan.

    Beliau yang turut mengawal perkara-perkara penting iaitu dari pertahanan hingga ke ekonomi, dikatakan mengundang bantahan sejak pemindahan kuasa ayahnya, Raja Salman yang berusia 81 tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda