RIYADH, 23 APRIL – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dan Perdana Menteri India, Narendra Modi me-ngadakan perbincangan kelmarin di bandar pelabuhan Jeddah mengenai hubungan dua hala dan perkembangan serantau.
Menurut agensi berita Saudi (SPA), kedua-dua pihak meneliti hubungan dua hala serta meneroka cara-cara untuk mengukuhkan dan membangunkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
Mereka turut membincangkan perkembangan terkini di peringkat serantau dan antarabangsa serta usaha bersama untuk mencapai keselamatan dan kestabilan. Laporan itu menyatakan kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu-isu yang menjadi kepentingan bersama.
Selepas perbincangan tersebut, Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri India bersama-sama mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkongsian Strategik India-Arab Saudi.
Perdana Menteri India tiba di Arab Saudi awal kelmarin untuk lawatan negara selama dua hari.
“Lawatan ini akan mengukuhkan persahabatan antara India dan Arab Saudi,” kata Modi di platform media sosial X sejurus selepas tiba. – Xinhua
