Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera William anjur Anugerah Earthshot di Afrika

    CAPE TOWN, 4 NOV – Putera Britain, William, akan mengadakan pertemuan dengan golongan belia pencinta alam sekitar dan nelayan tempatan semasa lawatannya ke Afrika Selatan bermula hari ini, di mana Anugerah Earthshot tahunannya akan memperuntukkan geran berjumlah AS$1.2 juta kepada lima organisasi atas idea-idea inovatif mereka untuk melestarikan alam sekitar.

    Pewaris takhta Britain berusia 42 tahun itu juga dijadualkan menghadiri sidang kemuncak hidupan liar antarabangsa dan meluangkan masa di institut penyelamat laut sepanjang empat hari lawatannya di Cape Town, dengan majlis penganugerahan Anugerah Earthshot pada malam Rabu sebagai kemuncak lawatan.

    Putera William akan memanfaatkan lawatan itu untuk memfokuskan isu-isu lain yang dekat di hatinya, seperti usaha renjer barisan hadapan dalam pemuliharaan, menurut pegawai.

    Putera Wales itu kali terakhir mengadakan kunjungan ke Afrika pada 2018, namun beliau mempunyai ikatan mendalam dengan benua tersebut. Putera William pernah berkunjung ke Afrika semasa kecil selepas kematian Bondanya, Puteri Diana, dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997. Beliau dan isteri-nya, Kate, bertunang di sebuah kawasan pemuliharaan di Kenya pada 2010, dan idea Anugerah Earthshot muncul ketika beliau berada di Namibia pada 2018.

    “Afrika sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati saya – tempat di mana saya menemui ketenangan semasa remaja, tempat saya melamar isteri saya dan inspirasi awal di sebalik Anugerah Earthshot,” kata William dalam kenyataan sebelum lawatannya. – AP

    Putera William (kiri), ketika bercakap dengan hos Minggu Earthshot pada Program Belia Pemimpin Iklim Anugerah Earthshot di Rooftop on Bree, Cape Town, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda