Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera William bersara, beri tumpuan tugasan diraja

    LONDON, 27 Julai – Putera William dari Britain akan bersara dari perkhidmatan ambulans udara hari ini, selepas dua tahun beliau menyaksikan ‘tragedi-tragedi mengejutkan’, untuk memberi tumpuan penuh pada tugas-tugas diraja.

    Duke of Cambridge, pewaris kedua takhta Britain akan menamatkan karier singkatnya sebagai juruterbang ambulans udara di timur England dengan syif malam.

    Langkah itu dibuat apabila nenendanya Ratu Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh berundur dari tugas-tugas diraja dan menyerahkan generasi lebih muda untuk menggantikan tempat mereka.

    Dalam membayangkan tentang masa bertugas beliau menerbangkan krew-krew perubatan dari pangkalan di Lapangan Terbang Cambridge, William memuji dedikasi mereka yang bekerja bagi perkhidmatan kecemasan.

    ‘Sebagai sebahagian dari pasukan ini, saya telah dijemput masuk ke rumah orang untuk mengongsikan detik-detik emosi amat teruk, dari bantuan yang kami berikan seseorang peluang berjuang, hinggalah kesedihan yang teramat sangat,” beliau menulis dalam editorial yang diterbitkan oleh The Eastern Daily Press.

    Gambar fail pada 4 Julai 2011 menunjukkan Prince William, Duke of Cambridge mengambil bahagian dalam latihan helikopter yang dinamakan ‘water birding’ di tasik Dalvay di Charlottetown, Kanada. Putera William akan bersara untuk memberi tumpuan penuh pada tugas-tugas diraja. – AFP
    Gambar fail pada 4 Julai 2011 menunjukkan Prince William, Duke of Cambridge mengambil bahagian dalam latihan helikopter yang dinamakan ‘water birding’ di tasik Dalvay di Charlottetown, Kanada. Putera William akan bersara untuk memberi tumpuan penuh pada tugas-tugas diraja. – AFP

    Taman-taman kediaman, padang-padang sekolah dan pantai kesemuanya telah digunakan sebagai landas pendaratan sementara ketika krew ambulans udara bergegas-gegas bagi kecemasan perubatan paling serius.

    William berkata “kami telah pergi ke beberapa kejadian yang sangat menggentarkan dan kami telah bersama-sama mengharungi masa-masa sukar yang sesetengahnya amat sukar,” jelasnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda