Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera William juga menyayangi keluarga Middleton

    Putera William ternyata bukan sahaja menyayangi Kate Middleton. Kasih sayang putera itu juga menjangkau ibu bapa dan adik-beradik Kate.

    Menurut penulis biografi diraja, Rachael Andrews, Putera Wales sangat menyayangi seluruh keluarga Middleton.

    Dia tidak pernah takut untuk bertemu dengan mertuanya, Michael dan Carole Middleton. Sebaliknya, dia kelihatan sangat mesra bergaul dengan mereka. William juga berbaik-baik dengan dua kakak iparnya, Pippa dan James.

    “Kami telah melihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini bahawa dia sangat serasi dengan mereka,” kata Rachael kepada OK! Magazine.

    William dan Kate diketahui umum sering bercuti bersama keluarga Middleton dan menghabiskan percutian bersama. Baru-baru ini, Carole dan Pippa turut dilihat menghadiri majlis perkahwinan Putera Mahkota Jordan bersama William dan Kate.

    “William benar-benar memuja cara Carole dan Michael membesarkan Kate, Pippa dan James, dan itu seolah-olah mencerminkan bapa William yang rendah hati saat ini.” – Agensi

    Kehangatan hubungan Carole Middleton bersama Putera William yang sangat mesra. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda