Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Putera William lawat Poland

    WARSAW, POLAND, 23 MAC – Putera William membuat lawatan mengejut ke Poland kelmarin yang menekankan sokongan Britain terhadap sebuah negara di barisan hadapan dalam usaha membantu pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat perang Rusia di Ukraine dan membantu tentera Ukraine dalam memerangi pencerobohan.

    Pewaris takhta UK itu bertemu dengan tentera British dan Poland di Rzeszow, sebuah bandar berpenduduk 200,000 orang di tenggara Poland yang telah menjadi hab penghantaran bantuan ketenteraan dan kemanusiaan ke Ukraine.

    Terletak hanya 65 kilometer daripada sempadan Ukraine, Rzeszow juga merupakan tempat transit utama bagi pelarian.

    William kemudiannya mendarat di Warsaw, di mana dia melawat sebuah pusat yang menempatkan kira-kira 300 baru tiba dari Ukraine, bertemu rakyat Ukraine dan bermain pingpong dengan kanak-kanak.

    Beliau memuji hubungan kukuh antara rakyat UK dan Poland, dan kerjasama yang dilakukan untuk menyokong Ukraine.

    “Saya juga ingin memberi penghormatan kepada kemanusiaan yang memberi inspirasi kepada rakyat Poland,’’ kata putera raja itu.

    “Kamu telah membuka hati kamu sama seperti rumah kamu.’’

    UK telah menjadi salah satu penyokong paling lantang dalam memperkukuh sayap timur NATO dalam menghadapi pencerobohan Rusia. Negara itu menghantar tentera ke Poland dan negara-negara Baltik dan memberikan lebih AS$2.8 bilion bantuan ketenteraan kepada Ukraine. Ia juga telah menjanjikan AS$269 juta bantuan kemanusiaan. – AP

    Putera William semasa melawat pusat penempatan untuk warga Ukraine yang melarikan diri dari perang, di Warsaw, Poland pada 22 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...