LONDON, 23 JUN – Taylor Swift memulakan jelajah Eras di London dengan persembahan yang dihadiri Putera William, menyiarkan gambar mereka di belakang pentas di media sosial, kelmarin.
Selepas meraikan ulang tahunnya yang ke-42 di konsert Swift bersama anak-anaknya iaitu Putera George dan Puteri Charlotte, Putera William menyiarkan gambar mereka di belakang pentas di Stadium Wembley.
Artis sensasi pop Amerika Syarikat (AS) itu juga menyiarkan gambar bersama kapsyen: “Selamat Hari Jadi M8! Persembahan di London bermula dengan baik,” tulisnya di X.
Sebuah video yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan William, menari mengikut lagu popular Swift Shake it off.
Juga hadiri dalam kalangan 90,000 peminat yang memenuhi stadium itu ialah pemimpin parti Buruh Keir Starmer bersama isterinya.
Starmer, yang selepas pemilihan bulan depan boleh menjadi perdana menteri Britain seterusnya, berkata kelmarin bahawa, ‘Swift hebat. Benar-benar hebat’.
“Saya tahu saya akan ditanya apakah lagu kegemaran saya dan saya tidak akan berpura-pura, saya mempunyai setiap album dan tahu setiap lagu,” katanya. – AFP