LONDON, 31 DIS – Putera William hari ini mengumumkan apa yang digambarnya sebagai ‘hadiah alam sekitar paling berprestij dalam sejarah’ untuk menggalak penyelesaian baharu dalam mengatasi perubahan iklim.
Hadiah Earthshot akan dianugerahkan kepada lima orang setiap tahun dalam tempoh satu dekad akan datang, dan bertujuan memberikan sekurang-kurangnya 50 jawapan kepada sesetengah masalah terbesar yang dihadapi oleh bumi menjelang 2030.
Ia termasuklah usaha mempromosi cara baharu untuk mengatasi perubahan iklim dan isu membabitkan tenaga, alam semula jadi dan biodiversiti, lautan, pencemaran udara dan air bersih.
Hadiah itu, diilhamkan oleh program ‘Moonshot’ oleh presiden AS John F Kennedy pada 1960, menjanjikan ‘anugerah kewangan besar’, menurut kenyataan.
William, cucu Ratu Elizabeth II dan pewaris kedua kepada takhta selepas bapa Putera Charles, berkata Bumi berada ‘pada tahap genting’ dan ‘menghadapi ‘pilihan serius.’
“Sama ada kami meneruskan dan memusnahkan bumi kami atau kami menyedari kuasa unik kami sebagai manusia dan keupayaan kami untuk memimpin, memperbaharui dan menyelesai masalah.
“Ingat peradaban yang telah kami bina, teknologi yang telah kami cipta, di mana kami berjaya menghantar manusia ke bulan. Manusia dapat mencapai kejayaan hebat.
“Tempoh 10 tahun akan datang akan memberikan kami ujian terbesar, tindakan satu dekad untuk membaiki Bumi,” kata beliau.
Anugerah itu, yang akan dilancarkan pada tahun depan dan dikurniakan mulai tahun 2021, adalah dibuka kepada individu serta komuniti dan perniagaan.
Ia mempunyai sokongan daripada pekempen pemuliharaan, kumpulan dan saintis, termasyk penyiar sejarah alam British David Attenborough.
“Semangat Moonshot boleh memimpin kami hari ini tatkala kami berdepan cabaran serius yang kami hadapi di Bumi,”kata Attenborough dalam satu filem untuk menandakan pelancaran.
“Tahun ini Putera William dan perikatan global melancarkan hadiah alam sekitar paling berprestij dalam sejarah, bertujuan memberi motivasi dan inspiraso kepada generasi pemikir dan pemimpin baharu untuk berfikir secara berlainan.” – AFP