Thursday, March 13, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban

    Pelakon Malaysia, Puteri Balqis mendedahkan watak Dhamiah dilakonkan dalam drama rantaian Keluarga Itu memberi tekanan kepadanya hingga rambutnya beruban.

    Mengulas lanjut perkara itu, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 18, keadaan itu berlaku kerana drama yang skripnya ditulis oleh Erma Fatima itu memerlukan dia bermain dengan emosi.

    “Ini adalah drama pertama saya selepas tamat penggambaran, rambut saya tumbuh uban. Ini berlaku kerana saya mengalami tekanan sebab temanya terlalu berat.

    “Kalau berlakon kena menangis sekejap pun sudah penat, bagaimana pula kalau perlu menangis seharian.

    “Sepanjang tiga bulan shooting boleh dikatakan hari-hari saya menangis,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single Zapin Malam Raya – Ara Johari menampilkan Trio Latah di sebuah premis acara di sini, baru-baru ini.

    Menurut BH Online, bukan setakat bermandikan air mata, malah drama arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan itu turut menyaksikan aktres berkaliber itu mengalami kecederaan ringan ketika di set penggambaran.

    “Kalau tengok episod tiga iaitu babak Dhamiah kali pertama jumpa Aman (Amir Ahnaf), episod itu sahaja tubuh saya sudah lebam-lebam.

    “Sepanjang tiga bulan penggambaran, tak pernah saya balik rumah tubuh dalam keadaan ‘bersih’. Mesti ada lebam sana-sini.

    “Bahagian buku lima saya pernah luka disebabkan babak tumbuk dinding. Memang ramai yang menggelabah pada masa itu,” kongsi Puteri Balqis. – Agensi

    Puteri Balqis mendedahkan watak Dhamiah dalam drama Keluarga Itu memberi tekanan kepadanya hingga rambutnya beruban. – Utusan.my
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda