Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Puteri Gunung Ledang, Mat Kilau tak cukup’

    Siapa mampu menidakkan kejayaan Puan Seri Tiara Jacquelina, 55, melalui syarikat diasaskannya, Enfiniti (M) Sdn Bhd dalam mengangkat karya epik, Puteri Gunung Ledang (PGL) ke layar perak, hampir dua dekad lalu.

    Ditayangkan pada 2004, filem arahan Saw Teong Hin dan skrip dihasilkan Allahyarham Mamat Khalid mencipta rekod sebagai filem Melayu paling mahal diterbitkan, ketika itu, pada kos dianggarkan RM20 juta.

    Selepas PGL, tidak banyak naskhah mengangkat kisah legenda dibawa ke layar perak.

    Antara yang terbaharu adalah Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios yang diarah Yusry Abdul Halim pada 2011 dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd arahan Syamsul Yusof, tahun lalu.

    Tiara mengaku tidak ramai penerbit dan pengarah berani menghasilkan filem epik.

    Tiara belum bersedia meneruskan projek PGL biarpun 2024 bakal menjadi ulang tahun ke-20 filem berkenaan. – Agensi

    Berbeza dirinya, Tiara mengambil risiko kerana menganggap sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai penggerak seni yang cintakan budaya tempatan.

    “Saya hasilkan filem epik kerana minat.

    “Setiap pembikin filem ada minat yang berbeza.

    “Ada yang suka genre seram, aksi dan sebagainya.

    “Saya mengaku kita perlu ada semua genre filem.

    “Namun, saya suka jika ada lebih banyak kisah legenda dihasilkan agar anak-anak kita membesar dengan cerita rakyat.

    “Usaha ini perlu agar mereka tidak dihidangkan semata-mata dengan cerita luar.

    “Anak-anak zaman sekarang membesar dengan kisah Iron Man, Spiderman, Wonder Woman dan sebagainya.

    “Mereka kurang tahu cerita kita.

    “Kalau kita paksa mereka baca buku sejarah, mungkin tidak berhasil sebab sekarang zaman teknologi,” katanya pada sidang media projek terbaharunya, Dream Forest Langkawi di Tropicana Golf & Country Club, Petaling Jaya, kelmarin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...