Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Khareeza dapat peluang kedua Big Stage

    Peserta pertandingan Big Stage 2023 (BS2023) di Malaysia iaitu Puteri Khareeza mampu menarik nafas lega apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir meskipun namanya diumumkan tersingkir pada persembahan peringkat suku akhir yang berlangsung semalam.

    Memetik dari mStar, dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul mengambil keputusan untuk menyelamatkan Puteri Khareeza kerana melihat prestasinya yang menunjukkan peningkatan setiap minggu selain wajar diberi peluang berentap di peringkat seterusnya.

    Puteri Khareeza yang mempertaruhkan lagu Doktor Cinta yang dipopularkan Dewa Dewi turut mendapat pujian daripada Aina.

    “Saya puji vokal awak. Antara banyak-banyak, minggu ini yang terbaik… walaupun nampak banyak berfikir (di atas pentas) tapi vokal ‘pergi’,” katanya.

    Puteri Khareeza diberikan peluang kedua, mara ke pusingan seterusnya. – Agensi

    Pada minggu suku akhir ini, dua peserta lain yang turut berada di kedudukan tercorot adalah pasangan duo Hoondoo dan Firdaus Rahmat.

    Selain Puteri Khareeza, Hoondoo dan Firdaus Rahmat, empat lagi peserta mara ke peringkat separuh akhir adalah Nadeera Zaini, Putera Muhammad, Aufahanie, Waode dan Dem Lepak Boyz.

    Acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam itu turut menyaksikan Nadeera menduduki tempat pertama menerusi lagu Problem nyanyian asal Ariana Grande.

    Pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik pula jatuh kepada Putera Muhammad yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

    Sementara itu, peringkat separuh akhir BS2023 bakal menyaksikan tema BBNU Pun Memilih yang mana kesemua peserta akan berduet dengan penyanyi jemputan.

    BS23023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose manakala penyanyi Ziana Zain diundang selaku juri jemputan selain Anna Jobling selaku presiden netizen minggu ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda