Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Mako bakal berkahwin selepas kontroversi

    TOKYO, 1 OKT – Selepas bertahun-tahun kontroversi, Puteri Jepun, Mako (gambar bersama Komura) akan berkahwin bulan ini, namun beliau akan mengabaikan adat tradisional dan tidak akan mengambil pembayaran lazim yang diberikan kepada kerabat diraja wanita yang mengahwini orang biasa.

    “Puteri Mako akan berkahwin pada 26 Oktober,” agensi rasmi Keluarga Imperialis memberitahu AFP, menambah bahawa ‘majlis perkahwinan, bankuet resepsi dan adat tradisional lainnya tidak akan diadakan serta pembayaran lazim tidak akan diberikan.

    Puteri Mako yang merupakan anak buah Maharaja Naruhito sudah bertunang dengan kekasihnya, Kei Komura sejak 2017. Namun penyatuan pasangan itu dikritik hebat, dengan agensi itu mengatakan puteri berusia 29 tahun itu mengalami tekanan pasca trauma yang kompleks kerana liputan media.

    Mako, anak perempuan putera mahkota Jepun, sering menjadi sasaran kritikan dan penangguhan bagi rancangannya mengahwini Komuro, 29. Peraturan pewarisan imperialis Jepun bermakna Mako akan terlucut gelarannya selepas berkahwin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda