Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Norway kahwin bomoh dari California

    OSLO, 29 OGOS – Puteri Norway, Martha Louise akan berkahwin dengan Durek Verrett, individu yang mengaku sebagai bomoh dari Amerika Syarikat pada Sabtu.

    Perkahwinan tersebut, yang melibatkan dua pengamal terapi alternatif, telah menarik perhatian orang ramai di Norway.

    Martha Louise, seorang janda berusia 52 tahun, mendakwa dirinya sebagai peramal yang boleh bercakap dengan malaikat, satu kebolehan yang telah dikongsinya dan mendapat keuntungan melalui buku dan kursus.

    Verrett, 49, dari California, menggelar dirinya sebagai ‘bomoh generasi keenam’ dan menjual medalion emas mahal yang dikatakannya boleh menyelamatkan nyawa.

    “Saya sangat spiritual, dan sangat menyenangkan untuk hidup bersama dengan seseorang yang menerima perkara ini,” kata Martha Louise di Instagram selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2022.

    Pasangan tersebut akan melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel di bukit Geiranger, sebuah perkampungan yang indah di tepi fjord di pantai barat Norway.

    Majlis dimulakan hari ini untuk lebih 350 tetamu, termasuk Puteri Mahkota Sweden, Victoria dan suaminya, Putera Daniel. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda