Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Sarah akui anak-anak gembira di sisi Syamsul Yusof

    Pelakon Malaysia, Puteri Sarah Liyana bersyukur hubungannya dengan bekas suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof lebih baik selepas mereka sah bercerai pada 14 Jun lalu.

    Memetik dari mStar, Puteri Sarah, 38, enggan memanjangkan kemelut yang pernah terjadi, berkata dia melihat satu perkembangan positif apabila Syamsul juga lebih kerap meluangkan masa bersama dua orang anak mereka.

    “Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.

    “Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal begini,” katanya kepada mStar.

    Puteri Sarah ditemui di majlis sidang media malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPH35) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, kelmarin.

    Tambah aktres itu lagi, dia dan Syamsul juga mengambil pendekatan untuk tidak menceritakan masalah yang pernah berlaku kepada anak-anak.

    “Tiada sebarang pertanyaan daripada anak-anak tentang apa yang berlaku. Biarlah mereka tahu secara natural. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada.

    “Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak,” ujarnya.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dah hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan serta Sumayyah, 5.

    Sementara itu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga merancang untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah selepas tamat tempoh edah.

    “Umrah adalah cara terbaik untuk saya mulakan hidup baru. Saya mahu berdoa dan healing,” jelasnya. – Agensi

    “Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu,” kata Puteri Sarah. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda