Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Wales buat penampilan umum pertama sejak selesai rawatan kemoterapi

    WASHINGTON, 23 SEPT – Puteri Wales, Kate Middleton, kelmarin membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).

    Puteri Catherine, 42, menghadiri upacara keagamaan bersama suaminya Putera William serta anggota keluarga diraja lain di Gereja Crathie Kirk berhampiran Istana Balmoral di Scotland.

    Akhbar The Sun menyiarkan gambar beliau tersenyum ketika duduk di tempat duduk penumpang dalam kereta yang dipandu Putera William.

    Beliau memakai topi berwarna hijau gelap dengan bulu di tepinya dan mengenakan kot bercorak tartan berwarna coklat.

    Awal bulan ini, Kate berkata beliau berasa lega untuk menyelesaikan rawatan kemoterapi, yang diumumkan pada Mac, ketika beliau juga mendedahkan diagnosis kansernya.

    Pada Selasa, dilaporkan bahawa puteri itu telah kembali bertugas. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 9 September menunjukkan Puteri Wales, Kate, dan Putera William bersama putera-putera dan puteri mereka, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda