Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Putin, Abe jalin kerjasama

    MOSCOW, 28 April – Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju di sini kelmarin bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk merangkumi pertikaian wilayah berterusan antara kedua-dua negara.

    Rusia dan Jepun kedua-duanya menuntut sebahagian pulau di wilayah utara Jepun Hokkaido, yang dipanggil Wilayah Utara di Jepun dan Selatan Kurils di Rusia.

    “Kami membincangkan mengenai aktiviti ekonomi bersama di Selatan Kurils,” kata Putin pada satu sidang akhbar bersama Abe selepas perbincangan mereka di Kremlin.

    Rusia akan menguruskan perjalanan bagi pegawai Jepun dan ahli perniagaan ke pulau-pulau yang dipertikaikan pada musim panas ini untuk mengkaji peluang-peluang kerjasama tertentu, kata Putin.

    Putin berkata negaranya bersedia untuk membantu Jepun dalam pemulihan loji kuasa nuklear Fukushima-1 dan menawarkan teknologi terkini untuk membersihkan tanah yang tercemar dan pemprosesan sisa radioaktif.

    Vladimir Putin (kanan) bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Kremlin di Moscow pada April 27, 2017. Putin dan Abe bersetuju di sini kelmarin bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk merangkumi pertikaian wilayah berterusan antara kedua-dua negara. – AFP

    Menurut Putin, kedua-dua pihak membincangkan rancangan untuk meningkatkan bekalan tenaga Rusia ke Jepun dan perusahaan Jepun untuk melabur di Rusia. Pertikaian wilayah berusia sedekad menghalang Rusia dan Jepun daripada menandatangani perjanjian damai selepas Perang Dunia II dan menghalang hubungan diplomatik dan perdagangan antara kedua-dua negara.

    Pada sidang akhbar itu, Abe berkata beliau dan Putin telah berusaha untuk memuktamadkan perjanjian damai dan memuji perjanjian dicapai semasa rundingan mereka. – Xinhua

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini