Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Putin adakan lawatan ke Tajikistan

    MOSCOW, 27 JUN – Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan kunjungan ke Tajikistan pada Rabu ini, menurut kenyataan jurucakapnya kelmarin. Kunjungan tersebut merupakan lawatan pertamanya ke luar negara sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

    “Lawatan kerja oleh Presiden Putin dijadualkan pada Rabu ini di Tajikistan,” kata Dmitry Peskov kelmarin mengenai lawatan antara bekas republik Soviet dan sekutu Moscow itu.

    Putin juga dijangka berada di Turkmenistan bagi menghadiri sidang kemuncak negara yang bersempadan dengan Laut Caspian.

    Lawatan asing terakhirnya adalah pada 4-5 Februari lalu, ketika beliau berkunjung ke China untuk bertemu rakan sejawatannya, Xi Jinping dan menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

    Hanya lebih dua minggu kemudian, Putin melancarkan ‘operasi ketenteraan khas’ di Ukraine.

    Sejak itu, pemimpin Kremlin itu tidak lagi membuat lawatan ke luar negara, meskipun untuk bertemu sekutu rapat Presiden Belarus, Alexander Lukashenko yang kerap kali berkunjung ke Rusia.

    Takijistan adalah negara yang termiskin daripada bekas republik Soviet dan juga merupakan sekutu Rusia yang sangat bergantung kepada negara jirannya daripada segi ekonomi.

    Selain itu, disebabkan pandemik COVID, Putin hanya mengadakan tiga perjalanan ke luar negara antara Februari 2020 dan Februari 2022.

    Beliau bertemu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden di Geneva pada Jun 2021, pemimpin India Narendra Modi di New Delhi pada Disember tahun yang sama dan Xi di Beijing pada Februari 2022. – AFP

    Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan lawatan ke Tajikistan pada Rabu ini bagi menghadiri sidang kemuncak negara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...