Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin bantah vaksinasi mandatori

    MOSCOW, 30 JUN – Presiden Vladimir Putin berkata hari ini beliau membantah pengenalan vaksinasi mandatori di Rusia meskipun peningkatan dalam jangkitan koronavirus dalam negara dan kadar inokulasi yang perlahan.

    “Saya tidak menyokong vaksinasi mandatori,” beritahu Putin kepada warga Rusia semasa rancangan tahunan melalui telefon di televisyen.

    Ketika ditanya sama ada beliau menyokong sekatan baharu di seluruh negara, beliau berkata pihak berkuasa serantau sedang mempromosi vaksinasi mandatori dan langkah lain untuk mengelak pelaksa-naan kuarantin baharu.

    Rusia pada awal hari ini melaporkan 669 kematian koronavirus dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah rekod kematian untuk hari kedua berturut-turut, menurut perangkaan kerajaan.

    Negara itu sedang bergelut dengan peningkatan jangkitan dicetuskan oleh varian Delta, dengan pihak berkuasa berusaha untuk memujuk warga Rusia menerima suntikan vaksin.

    Salah satu pusat penularan pandemik adalah bandar Saint Petersburg, yang dijangka menganjur suku akhir perlawanan Euro 2020 pada Jumaat di depan ribuan peminat, kebanyakan mereka masuk dari luar negara untuk perlawanan itu.

    Putin berkata hari ini kira-kira 23 juta warga Rusia telah menerima suntikan dan berkata vaksin tempatan adalah lebih baik daripada alternatif lain, merujuk kepada AstraZeneca dan Pfizer.

    Pemimpin berusia 68 tahun itu juga menolak kesangsian terhadap vaksin dan menggesa warga Rusia supaya mendengar kepada ‘pakar.’ – AFP

    Presiden Vladimir Putin bercakap semasa beliau menghadiri rancangan melalui telefon di televisyen, studio Pusat Dagangan Dunia Moscow kelmarin. Putin membantah pengenalan vaksinasi mandatori di Rusia meskipun peningkatan mendadak dalam jangkitan koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda