Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Putin beri amaran Sweden, Finland sertai NATO

    KYIV, 17 MEI – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan bahawa penyertaan Sweden dan Finland ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak akan menjadi ancaman kepada Rusia tetapi memberi amaran tindakan sekutu Barat mengalihkan tentera atau senjata ke kawasan kejiranan Nordic akan menimbulkan tindak balas negara komunis itu.

    Dengan kemaraan Moscow di utara wilayah bersempadan dengan Ukraine yang memasuki bulan ketiga sejak pencerobohannya, Helsinki dan Stockholm bersedia melepaskan dasar berkecuali ketenteraannya kerana bimbang menjadi sasaran seterusnya.

    Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson, semalam mengesahkan negaranya akan memohon untuk menyertai NATO, sehari selepas Finland, yang berkongsi 1,300 kilometer sempadan dengan Rusia, menyatakan perkara sama.

    Putin berkata, tindakan kedua negara itu tidak memberi sebarang ancaman secara langsung kepada Rusia, namun mengembangkan infrastruktur ketenteraan ke wilayah itu pasti akan mencetuskan tindak balas oleh negara berkenaan.

    Langkah itu bagaimanapun belum dimuktamadkan, selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengesahkan hasrat negaranya untuk menghalang permohonan itu, dengan menuduh Finland dan Sweden melindungi kumpulan pengganas, termasuk militan Kurdish yang diharamkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...