Putin beri wang tunai kepada polis, askar menjelang pilihan raya

MOSCOW, 31 OGOS – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini memberikan pegawai penguatkuasa undang-undang dan kakitangan tentera menerima AS$200, ketika dia meminta sokongan untuk partinya United Russia, yang kurang digemari, menjelang pilihan raya bulan depan.

Portal maklumat undang-undang Rusia menunjukkan Putin telah menandatangani arahan memerintahkan pembayaran wang tunai satu kali sebanyak 15,000 rubel (AS$200) untuk anggota tentera dan badan penguatkuasaan undang-undang yang akan diagihkan pada bulan September untuk ‘perlindungan sosial’ mereka.

Walaupun Rusia belum mengumumkan berapa ramai yang akan menerima pembayaran tersebut, negara itu mempunyai sekitar 42 juta pesara dan 1.7 juta anggota tentera, polis dan pengawal nasional, menurut statistik rasmi.

Agensi berita Interfax memetik pengubal undang-undang Andrei Makarov berkata, yang mengetuai jawatankuasa belanjawan dewan parlimen Rusia, berkata bahawa pembayarannya akan menelan angka lebih daripada 500 bilion rubel (AS$6.8 bilion). – AFP

Putin telah menandatangani arahan memerintahkan pembayaran wang tunai satu kali sebanyak AS$200 untuk anggota tentera dan badan penguatkuasaan undang-undang. – AFP