Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin calon sah pilihan raya presiden

    MOSCOW, 29 JAN – Rusia hari ini secara rasmi mengiktiraf Vladimir Putin sebagai calon untuk pilihan raya presiden pada bulan Mac, satu pemilihan yang pasti akan dimenanginya.

    Individu berusia 71 tahun itu telah memimpin Rusia sejak permulaan abad ini, memenangi empat pilihan raya presiden dan berkhidmat sebentar sebagai perdana menteri dalam sistem di mana pembangkang hampir tidak wujud.

    Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengatakan bahawa ia telah mendaftarkan Putin, yang mencalonkan dirinya sendiri, serta Leonid Slutsky, yang merupakan penyokong setia Putin dari kalangan parti sayap kanan, sebagai calon untuk pilihan raya tersebut.

    Pilihan raya akan diadakan dari 15 hingga 17 Mac, satu langkah yang dikritik oleh pembangkang Kremlin kerana dianggap menjadikan proses jaminan ketelusan lebih sukar.

    Berikutan pembaharuan perlembagaan yang kontroversi pada 2020, Putin boleh kekal berkuasa sehingga sekurang-kurangnya 2036.

    Kumpulan hak asasi manusia mengatakan bahawa pilihan raya sebelum ini telah dicemari oleh penyelewengan dan bahawa pemerhati bebas mungkin akan dihalang daripada memantau undian.

    Walaupun Putin dijangka tidak akan menghadapi sebarang persaingan sebenar, pencabar liberal Boris Nadezhdin telah melepasi ambang tandatangan untuk didaftarkan sebagai calon.

    Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada beliau akan dibenarkan bertanding, dan Kremlin telah menyatakan bahawa ia tidak menganggapnya sebagai pesaing yang serius. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda