Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin dicalonkan bertanding p’raya presiden 2024

    MOSCOW, 21 MEI – Ketua parti politik Spravedlivaya Rossiya, Sergey Mironov, semalam menawarkan diri untuk mencalonkan Vladimir Putin untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2024.

    “Dalam ucapan kepada perwakilan kongres, kami mencadangkan untuk mencalonkan Vladimir Vladimirovich Putin sebagai calon Presiden Persekutuan Rusia bagi pilihan raya akan datang pada 2024,” katanya, lapor agensi Anadolu.

    Spravedlivaya Rossiya ialah parti politik ketiga terbesar di Rusia selepas United Russia dan Parti Komunis Persekutuan Rusia.

    Mironov mengakui kemungkinan pilihan raya ditangguhkan kerana ‘aktiviti pertempuran’.
    Bagaimanapun, andai menjadi kenyataan, maka presiden memerlukan “sokongan seluruh negara”, katanya.

    Putin memenangi penggal kedua berturut-turut sebagai presiden pada Mac 2018.

    Pada 2020, Parlimen Rusia meluluskan pindaan perlembagaan yang membenarkan Putin mengambil bahagian dalam pilihan raya 2024. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 18 Mei menunjukkan Vladimir Putin mempengerusikan mesyuarat menerusi persidangan video di Kremlin di Moscow. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda