Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin dijadual lawat Kazakhstan pada 27 November

    MOSCOW, 7 NOV – Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan lawatan rasmi ke negara terbesar di Asia Tengah dari segi keluasan tanah, Kazakhstan, pada penghujung bulan ini, umum Moscow dan Astana hari ini.

    Kazakhstan merupakan sekutu tradisional Rusia, namun pencerobohan Moscow ke atas Ukraine telah menimbulkan kebimbangan di republik bekas Soviet itu.

    Pengumuman lawatan Putin dibuat ketika Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, berada di Kazakhstan untuk mengadakan rundingan bersama rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Murat Nurtleu.

    Menurut Lavrov, lawatan tersebut dijadualkan pada 27 November.

    Putin kali terakhir melawat Kazakhstan pada Julai lalu bagi menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai, sebuah blok pertahanan yang menggabungkan Rusia, China, Iran serta negara-negara Asia Tengah.

    Kazakhstan mengekalkan hubungan rapat dalam bidang politik, ekonomi, dan ketenteraan dengan Rusia. Namun, pada 2022, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, mengkritik tindakan Moscow yang mengilhakkan beberapa wilayah di timur Ukraine, langkah yang menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara menjadi tegang. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda