Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin, Erdogan runding perjanjian bijirin

    MOSCOW, 4 SEPT – Presiden Rusia, Vladimir Putin dan pemimpin Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dijangka mengadakan rundingan mengenai pemulihan perjanjian bijirin yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini di Sochi, Laut Hitam, lapor agensi berita dpa.

    Pada Julai, Moscow gagal memperbaharui perjanjian yang mewujudkan koridor selamat untuk eksport menerusi Laut Hitam. 

    Rusia mendakwa eksport bijirin dan bajanya dihalang kerana sekatan yang dikenakan oleh penyokong Barat, Ukraine.

    Perjanjian itu mengekalkan eksport bijirin Ukraine sejak musim panas lalu, sekali gus menjamin rantaian bekalan global.

    Presiden Turkiye meminta Rusia menarik balik sekatan itu, menekankan bahawa perjanjian itu penting untuk kestabilan makanan di seluruh dunia dan menjamin keselamatan di rantau Laut Hitam.

    Putin menyambut Erdogan setibanya di resort Laut Hitam Rusia di Sochi, Rusia, kelmarin. – AP

    Turkiye juga mempunyai kepentingan dalam bekalan gas Rusia melalui Laut Hitam.

    Putin berkata beliau tidak akan mengembalikan semula perjanjian itu tanpa syarat tertentu dipenuhi – meminta sekatan Barat dilonggarkan.

    Rundingan di Sochi akan mula berlangsung sekitar tengah hari.

    Ia adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin sejak pemilihan semula Erdogan pada Mei.

    Pemimpin negara NATO itu bertindak sebagai perantara antara Ukraine dan Rusia, serta memilih untuk menarik diri daripada sekatan yang dilaksanakan Barat.

    Sebelum perjanjian bijirin digantung, Ukraine berjaya mengeksport kira-kira 33 juta tan bijirin dan produk pertanian lain melalui laut sejak musim panas 2022. Pendapatan negara yang dilanda krisis itu amat bergantung kepada eksport. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda