Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin lanjut embargo ke atas import makanan Barat

    MOSCOW, 30 Jun – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini melanjutkan embargo Moscow ke atas produk makanan dari Barat sehingga hujung 2018, meneruskan dasar tindak balasnya ke atas sekatan berhubung Ukraine.

    Dekri yang ditandatangani oleh Putin dan disiarkan dalam pangkalan data rasmi kerajaan mengatakan bahawa embargo ke atas produk, tenusu, daging dan makanan lain kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018.

    Langkah itu muncul beberapa hari selepas Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia, dan seminggu sebelum Putin ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat pertamanya bersama Presiden AS, Donald Trump di sidang kemuncak G20 di Hamburg.

    Moscow pada Ogos 2014 telah menegah import makanan dari EU, AS dan negara lain yang mengenakan sekatan berhubung pengilhakannya ke atas Crimea dan sokongan kepada pemisahan timur Ukraine.

    Vladimir Putin semasa mesyuarat di Kremlin, Moscow, Rusia pada 29 Jun. – AP
    Vladimir Putin semasa mesyuarat di Kremlin, Moscow, Rusia pada 29 Jun. – AP

    Embargo itu sudah pun dilanjutkan dua kali berturut-turut ketika negeri Barat berulang kali meneruskan sekatannya.

    Sekatan Barat itu, serta embargo sendiri Moscow, telah memberi kesan kepada ekonomi Rusia, menekan tinggi harga makanan dan kualiti merosot, namun juga memberi rangsangan kepada beberapa pengeluar domestik.

    Putin berkata bulan ini yang Moscow akan menamatkan embargo sebaik saja sekatan itu dibatalkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda