SAMARA, RUSIA, 7 NOV – Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan cadangan untuk melaksanakan larangan penuh terhadap penjualan vape atau rokok elektronik di Rusia, lapor agensi berita Rusia (TASS).
“Lihat, Dmitry Nikolaevich (Chernyshenko, Timbalan Perdana Menteri Rusia) mengangguk. Kerajaan kita menyokongnya,” kata Putin ketika melawat pusat promosi sukan berubah suai (adaptif) di Samara.
Ketua gerakan awam Rusia Zdorovoe Otechestvo (Healthy Fatherland), Ekaterina Leshchinskaya mengemukakan permintaan itu kepada presiden.
Beliau menyatakan beberapa negara jiran dalam Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) serta beberapa negara lain di dunia mempunyai pengalaman positif dalam melaksanakan larangan terhadap vape. – Bernama

