Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Putin terima jemputan persidangan G20 di Indonesia

-

MOSCOW, 28 JUN – Presiden Rusia Vladimir Putin telah menerima jemputan untuk menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia pada November, menurut penasihat dasar luar negara itu, Yury Ushakov kelmarin.

Walau bagaimanapun, keputusan mengenai format kehadiran secara peribadi atau maya masih belum diputuskan, Ushakov dipetik sebagai berkata dalam taklimat media di Moscow.

“Ya, kami telah mengesahkan penyertaan (Putin). Mereka telah menjemput (presiden) ke mesyuarat secara bersemuka, tetapi masih banyak masa. Saya berharap pandemik kali ini membolehkan forum penting itu diadakan secara bersemuka,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa Indonesia menghantar jemputan rasmi meskipun mendapat tekanan hebat daripada negara-negara Barat, lapor agensi Anadolu. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -