Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin terima pelawaan Thailand, Vietnam

    BANGKOK, 18 OKT – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menerima jemputan untuk mengunjungi Thailand dan Vietnam, menurut kenyataan kerajaan dari kedua-dua buah negara Asia Tenggara.

    Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan Putin disisihkan di peringkat antarabangsa, mengakibatkan dia kekurangan sekutu.

    Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Putin atas dakwaan pengusiran ribuan kanak-kanak Ukraine ke Rusia.

    Thailand, yang bukan negara pihak kepada Statut Rom ICC, memilih untuk mengekalkan kerjasama dengan Rusia.

    Vietnam mengekalkan hubungan erat dengan Rusia sejak zaman Kesatuan Eropah.

    Vladimir Putin telah menerima jemputan untuk mengunjungi Thailand dan Vietnam.- AFP

    Presiden Vo Van Thuong mempelawa Putin untuk mengadakan lawatan ke Vietnam ‘tidak lama lagi’, dan Putin menerimanya dengan ‘gembira’ jemputan tersebut, menurut kenyataan dari laman sesawang kerajaan kelmarin.

    Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin menjemput Putin untuk kunjungan rasmi tahun hadapan, beliau berkata demikian di Beijing hari ini.

    Srettha dan Thoung bertemu Putin dalam acara sampingan di forum Inisiatif Jalur dan Jalan China.

    “Saya menjemput beliau mengunjungi Thailand tahun hadapan,” kata Srettha.

    “Presiden Putin menyukai Phuket, saya difahamkan beliau sering membuat kunjungan,” katanya, yang merujuk kepada pulau peranginan Thailand.

    Menurut kenyataan kerajaan Thailand, Putin menerima jemputan itu, tetapi masih belum menetapkan tarikhnya.

    Semasa pertemuan dengan Srettha, Putin kesal dengan penurunan perdagangan dua hala disebabkan oleh ‘situasi antarabangsa yang tidak menentu’, menurut agensi berita Rusia, TASS.

    Lebih satu juta orang warga Rusia mengunjungi Thailand pada tahun ini.

    Thailand baru-baru ini mengubah peraturan visa untuk membenarkan warga Rusia untuk mengunjungi negara itu selama tiga bulan – diubah daripada 30 hari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda