Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin tiada rancangan perkenalkan sekatan baharu

    MOSCOW, 29 OKT – Presiden Vladimir Putin berkata hari ini tidak adanya rancangan untuk memperkenalkan sekatan seluruh negara di Rusia tatkala negara mencatat rekod jangkitan dan kematian koronavirus baharu.

    “Kami jelasnya memahami bagaimana bertindak dan dengan itu kami tidak merancang untuk memperkenalkan langkah sekatan besar-besaran, untuk melancarkan sekatan seluruh negara, apabila ekonomi dan operasi perniagaan terhenti,” beritahunya pada forum pelaburan.

    Awal hari ini, kerajaan mengumumkan pakej bantuan bernilai 11 bilion roubles untuk rantau yang terjejas oleh peningkatan pesat dalam kes.

    Bantuan itu diumumkan di tengah laporan barisan ambulans diletak di hospital, kekurangan bekalan perubatan dan pesakit membawa katil mereka sendiri ke hospital.

    Pada satu mesyuarat dengan Putin semalam, timbalan perdana menteri Tatyana Golikova menyifatkan situasi di 16 rantau sebagai ‘kritikal’, berkata lebih 90 peratus daripada katil hospital untuk pesakit koronavirus sudah dihuni.

    Rusia hari ini mencatat rekod baharu untuk kes koronavirus dan kematian, dengan pegawai kesihatan melaporkan 17,717 jangkitan baharu dan 366 kematian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda