Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Putin tiba di Kazakhstan hadiri mesyuarat SCO

    MOSCOW, 3 JULAI – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah tiba di Kazakhstan, kata Kremlin hari ini, di mana beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Ketua Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai di ibu negara Astana.

    Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sembilan anggota, merangkumi kawasan luas dunia dari Moscow ke Beijing, termasuk kira-kira separuh daripada penduduk dunia.

    Anggota tetap tahun ini termasuk Kazakhstan, India, China, Kyrgyzstan, Pakistan, Rusia, Tajikistan, Uzbekistan dan mulai tahun lalu, Iran.

    Tahun ini, Belarus dijangka menyertai selepas diberitahu pada sidang kemuncak SCO 2023, yang dihoskan secara maya oleh India, bahawa ia akan menjadi ahli.

    “Pada 3 dan 4 Julai, pemimpin negara anggota SCO akan membincangkan keadaan dan prospek untuk memperdalam lagi kerjasama pelbagai aspek dalam organisasi itu dan menambah baik aktivitinya,” kata Kremlin dalam satu kenyataan, sambil menambah Putin merancang untuk bertemu dengan beberapa orang pemimpin pada sidang kemuncak itu. – AFP

    Gambar yang diedarkan oleh agensi kerajaan Rusia, Sputnik menunjukkan Perdana Menteri Kazakhstan, Olzhas Bektenov mengalu-alukan Presiden Rusia, Vladimir Putin sejurus ketibaan pemimpin Rusia itu di lapangan terbang Astana pada 3 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...