Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Putin tidak komited kepada gencatan senjata – Zelensky

    KYIV, 1 SEPT – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata beliau tidak melihat sebarang tanda Presiden Rusia, Vladimir Putin bersedia untuk mengadakan rundingan gencatan senjata, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Dalam ucapan video kelmarin, Zelensky mengingatkan Washington dua minggu lalu yang menyatakan Moscow sepatutnya sudah bersedia bagi mesyuarat peringkat tertinggi hari ini.

    Sebaliknya, katanya, “Satu-satunya perkara yang Rusia lakukan adalah terus melabur dalam peperangan.”

    Mengulas lawatan semasa Putin ke China, Zelensky menuduh beliau sekali lagi cuba ‘mengelak’ daripada berunding untuk menamatkan konflik, kata Zelensky.

    Beliau menegaskan keperluan segera untuk menamatkan peperangan.

    “Satu-satunya pihak yang mahukan perang ini hanyalah Rusia,” katanya.

    Walaupun Washington menjangkakan rundingan langsung, Moscow setakat ini tidak menunjukkan kesediaan untuk terlibat.

    Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov baru-baru ini mengulangi, Putin enggan bercakap dengan Zelensky, sambil mempersoalkan kesahihannya sebagai presiden.

    Zelensky terus memimpin Ukraine di bawah undang-undang tentera yang membolehkan beliau kekal memegang jawatan selepas tamat tempoh penggalnya, selaras dengan perlembagaan negara itu. – Bernama

    Volodymyr Zelensky berucap semasa sidang akhbar di Kyiv, Ukraine pada 25 Ogos. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...

    Terkini