Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin-Trump mungkin berbincang minggu depan

    NEW YORK, 17 MAC – Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin akan berbincang minggu depan, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan utusan khas presiden AS Steven Witkoff kepada CNN.

    Witkoff menyatakan keyakinan tentang perbincangan yang akan datang, menyatakan yang beliau percaya kedua-dua presiden akan terlibat dalam, “perbincangan yang sangat baik dan positif.”

    Beliau juga mengesahkan terdapat komunikasi yang berterusan dengan pegawai Ukraine, menyatakan bahawa AS menasihati mereka mengenai pelbagai isu yang sedang dipertimbangkan.

    Witkoff juga mengesahkan yang Trump terlibat dalam semua aspek dan arah perbincangan tentang rundingan mengenai penyelesaian konflik di Ukraine semasa ditanya pihak media. – Bernama/Tass

    Donald Trump (kanan) berbual dengan Vladimir Putin semasa Sidang Kemuncak G20 di Hamburg, Jerman pada Julai 2017. Mereka berdua dijangka berbincang mengenai isu Ukraine. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda