Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin umum Rusia berjaya uji ‘Poseidon’

    MOSCOW, 30 OKT – Presiden Rusia, Vladimir Putin kelmarin umumkan bahawa negaranya berjaya menguji kenderaan dalam air tanpa pemandu ‘Poseidon’ yang dikuasakan tenaga nuklear.

    “Buat kali pertama, kami bukan sahaja berjaya melancarkannya dari kapal selam menggunakan enjin penggalak, tetapi juga mengaktifkan sistem kuasa nuklearnya yang menggerakkan kenderaan itu untuk tempoh tertentu,” kata Putin ketika melawat sebuah hospital tentera di Moscow.

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan bahawa ‘Poseidon’ mewakili teknologi baharu sepenuhnya dan merupakan satu langkah penting dalam memastikan keselamatan Rusia. Beliau berkata bahawa teknologi itu juga boleh dimanfaatkan untuk ekonomi negara bagi tujuan keamanan.

    Ujian itu dijalankan mengikut semua peraturan antarabangsa serta perjanjian dua hala yang berkaitan, kata beliau lagi. – Bernama

    Vladimir Putin (tengah), berbincang dengan anggota tentera Rusia dan ketua Hospital Klinikal Tentera Pusat Mandryk, di Moscow, Rusia kelmarin. ‘Poseidon’ berjaya diuji. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda