Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putin, Xi hadiri sidang kemuncak G20

    JAKARTA, 19 OGOS – Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawat China, Xi Jinping (gambar) akan menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) akan datang, menurut pemimpin negara penganjur, Indonesia dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini.

    Kehadiran kedua-duanya dijangka akan membawa kepada rundingan dengan Presiden AS John Biden pada masa Washington dalam keadaan bercanggahan dengan kedua-dua kuasa saingannya itu. Tidak jelas sama ada Putin dan Xi akan datang dalam sidang kemuncak pada November di pulau peranginan Bali, Indonesia.

    Moscow kini dipulaukan kerana krisis Ukraine manakala pemimpin China mengehadkan lawatan ke luar negara kerana COVID. Namun Presiden Joko Widodo, dalam satu temu bual dengan Bloomberg mengatakan kedua-dua pemimpin akan menghadiri sidang kemuncak G20 itu.

    “Xi Jinping akan datang. Presiden Putin juga memaklumkan saya beliau akan datang, kata Widodo,” menurut laporan itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda