Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puting beliung hentam Texas dan Oklahoma

    BANDAR OKLAHOMA, 26 MEI – Puting beliung mendarat dan merentasi sebuah lebuh raya di Texas, membawa kerosakan dan kemungkinan kecederaan ketika ribut yang teruk bergerak melalui Texas dan Oklahoma malam kelmarin.

    Peramal cuaca mengeluarkan amaran puting beliung dan ribut petir yang teruk di sebahagian wilayah kedua-dua negeri, ketika beberapa rekod suhu panas dicatat sepanjang hari di Texas Selatan dan penduduk menerima amaran suhu tiga angka sepanjang hujung minggu percutian yang panjang.

    Puting beliung melintasi utara Denton County di Texas lewat Sabtu dan menyebabkan trak treler terbalik, serta kesesakan lalu lintas di Lebuhraya 35, kata Pengarah Perhubungan Komuniti Daerah Denton, Dawn Cobb dalam satu kenyataan.

    Puting beliung itu disahkan berhampiran Valley View, bergerak ke timur pada kelajuan 40 batu sejam, mendorong Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran puting beliung untuk utara Denton County, kata Cobb.

    Ribut itu merosakkan rumah, membalikkan kenderaan dan menumbangkan talian elektrik dan pokok di seluruh kawasan termasuk di Sanger, Pilot Point, Tasik Ray Roberts dan Taman Negeri Isle du Bois, kata Cobb.

    Orang ramai yang mengalami kecederaan dalam ribut itu telah dibawa ke hospital di kawasan tersebut menggunakan ambulans darat dan udara, tetapi jumlah kecederaan di daerah itu tidak diketahui serta-merta, kata Cobb, manakala tempat perlindungan dibuka di Sanger.

    Terdapat juga orang yang dipercayai terperangkap di dalam perhentian trak Shell yang rosak akibat ribut di Cooke County yang berdekatan, tambahnya.

    Jabatan bomba di bandar Denton, kira-kira 37 batu di utara Forth Worth, Texas, menyiarkan di X bahawa kakitangan kecemasan memberikan respons di pelabuhan marina ‘untuk ramai mangsa, beberapa dilaporkan terperangkap’. – AP

    Ahli keluarga membersihkan barang-barang daripada rumah yang rosak akibat puting beliung di Greenfield, Iowa pada 23 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda