Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Puting beliung mungkin landa Arkansas

    SPRINGDALE, ARKANSAS, 30 MAC – Ribut kencang dan puting beliung merosakkan bangunan dan memutuskan bekalan elektrik di barat laut Arkansas hari ini ketika puting beliung dan angin ribut taufan diramalkan di sebahagian besar kawasan Deep South, seminggu selepas ribut teruk melanda kawasan New Orleans.

    Tidak ada laporan segera mengenai kecederaan akibat ribut hari ini yang melanda Springdale, kira-kira 235 kilometer barat laut Little Rock dan menyebabkan amaran puting beliung.

    Kerosakan adalah meluas di Springdale, termasuk gimnasium sekolah rendah dan gudang, lapor KFSM-TV. Sekolah Daerah Springdale, yang terbesar di Arkansas membatalkan semua kelas hari ini kerana ribut.

    Pusat ramalan ribut di Norman, Oklahoma, berkata semua kawasan Mississippi dan sebahagian Alabama, Arkansas, Louisiana dan Tennessee berada pada risiko paling besar untuk cuaca buruk hari ini. Lebih daripada lapan juta orang tinggal di kawasan yang paling berisiko, termasuk bandar Memphis, Tennessee; Baton Rouge, Louisiana; Jackson, Mississippi dan Montgomery.

    Cuaca terburuk dijangka hari ini – tidak seperti puting beliung New Orleans minggu lalu, yang melanda kelmarin dan meragut seorang jiwa.

    Amaran puting beliung dikeluarkan untuk kebanyakan Arkansas, utara Louisiana, selatan Missouri, tenggara Oklahoma dan timur laut Texas hingga hari ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...