Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puting beliung ragut 1 jiwa

    BEIJING, 21 JULAI – Puting beliung telah membadai 11 buah kampung di rantau pertanian timur China, mengorbankan seorang manakala 25 lagi cedera, ketika sebahagian besar kawasan di negara itu berdepan kepanasan melampau.

    Rumah dan kemudahan dimiliki lebih 2,000 orang telah musnah apabila puting beliung membadai kelmarin di wilayah Jiangsu, selatan Beijing.

    Keseluruhan kemusnahan dianggarkan bernilai sekitar 65 juta yuan (AS$9.6 juta), lapor akhbar Global Times, memetik media tempatan.

    Puting beliung jarang berlaku di China, meskipun 12 orang terbunuh dan lebih 300 cedera di Jiangsu dan tengah bandar Wuhan akibat puting beliung tahun lalu. – AP

    Pokok menerbangkan bumbung sebuah rumah di Jiangsu pada 21 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda