Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putus tangan dalam kemalangan

    SIBU, 30 Jun – Seorang lelaki putus tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di sini, pagi tadi.

    Tangan Ahmad Afzainizam Mathie, 30, terputus dari paras bahu susulan impak nahas berkenaan, demikian menurut laporan Berita Harian edisi online hari ini.

    Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu, Kapten Frankie John Jawan, berkata kemalangan jam 10:23 pagi di Jalan Bawang berhampiran Jambatan Lebaan itu membabitkan sebuah motosikal dan lori.

    “Mangsa yang berasal dari Kampung Nangka, Daro turut patah kaki kanan selain cedera di mukanya. Mangsa masih sedar ketika pasukan paramedik tiba di lokasi, malah kami membalut bahagian tangan yang terputus sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya.

    Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Daro.

    “Mangsa dilaporkan stabil dan diletakkan di bawah pengawasan rapi,” katanya.

    Para petugas dan orang ramai membantu mangsa di tempat kejadian.
    Para petugas dan orang ramai membantu mangsa di tempat kejadian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda