Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pyongyang akan kekalkan kepandaian nuklear

    TEHRAN, 10 Ogos – Korea Utara akan mengekalkan kepandaian tekniknya mengenai nuklear meskipun berjanji melucutkan senjata nuklear kepada Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Luar Ri Yong Ho semasa lawatannya ke Tehran, media Iran melaporkan semalam.

    Meskipun perjanjian melucutkan senjata nuklear di semenanjung Korea itu berlaku semasa sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dan Presiden AS Donald Trump, “Kami akan mengekalkan pengetahuan kami mengenai sains nuklear kerana kami tahu bahawa Amerika tidak akan menghentikan permusuhan terhadap kami,” kata RI, menurut agensi berita konservatif, Mehr.

    “Berurusan dengan Amerika agak sukar dan tatkala matlamat utama kami adalah perlucutan senjata di seluruh Semenanjung Korea, ia adalah perlu bagi Amerika mematuhi komitmen mereka tapi mereka enggan berbuat demikian.”

    Semasa sidang kemuncak pada Jun lalu bersama Trump, Kim membuat komitmen tidak jelas untuk melucutkan senjata nuklear mereka. Namun, permintaan itu jauh daripada permintaan AS yang mahukan perlucutan sepenuhnya, boleh dibuktikan dan tidak boleh ditarik balik mengenai pembongkaran senjata atom Pyongyang.

    Gambar yang diambil pada 7 Ogos 2018 menunjukkan Ri Yong Ho ketika menghadiri mesyuarat dengan menteri luar Iran, Mo-hammaf Javad Zarif di Tehran. – AP

    Ri mengadakan pertemuan dengan speaker parlimen berpengaruh Iran, Ali Larijani pada hari ketiga lawatan rasminya ke Tehran.

    “Pihak Amerika mengucapkan kata-kata indah apabila berunding dan menjanjikan masa depan yang cerah namun mereka tidak memberikan komitmen mereka apabila bertindak,” kata Larijani.

    Ri tiba di Tehran pada hari yang sama ketika AS mengenakan sekatan semula kepada Iran selepas mengabaikan perjanjian nuklear 2015 di antara kuasa-kuasa besar dan Iran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda